Alhamdulilah..
Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan dalam mencoret isi hati
Langkahanku sebagai seorang guru pelatih di sebuah sekolah diiringi dengan cahaya dariMu
Alhamdulilah..
Setiap pagi pabila ku tiba di sekolah pasti terdengar alunan merdu ayat-ayat suci Mu
Setiap hari akan diulang ayat-ayat yang sama..ku tidak pasti surah apakah yang diperdengarkan
Terdetik juga di dalam hati alangkah indahnya andai ASMA UL-HUSNA dialunkan
memori ini memgingatkan aku sewaktu sekolah rendah dahulu
teringin mengutarakan cadangan ini pada pihak pengurusan sekolah
namun, ku diamkan sahaja takut dipandang sepi
Namun, dengan kuasa Allah SWT ..
hari ini, sebelum turun ke tapak perhimpunan ku terdengar alunan ASMA Mu Ya Allah
Subhanallah..riang dan bersyukurnya hati ku..Akhirnya..
Ku pohon alunan ini akan terus dimainkan untuk hari-hari seterusnya..in shaa Allah..aamiinn

No comments:
Post a Comment