Total Pageviews

Monday, October 3, 2011


khalifatullah...

untuk mudah bukan senang
 untuk senang juga bukan mudah
manusia  mudah sahaja berkata-kata
Tapi
amat sukar untuk melaksanakannya
tanpa iman yang kukuh dalam diri
mudah saja kita tergelincir
sekelumit iman mampu menjadi penghadang dosa

Wahai anak cucu Adam dan Hawa
sedarlah
kita sering lalai dan alpa
dengan kerangkusan duniawi
ukhrawi ditinggal-tinggalkan 
ketandusan iman merobek segala-galanya 
jalan pintas acap kali menjadi rebutan
itulah jalan menuju pusaran hening

Wahai anak cucu Adam dan Hawa
bangkitlah!
janganlah sesekali menongkah arus yang gersang
arus yang membawa bencana pada diri yang tandus
peganglah iman sekuat-kuatnya
walau diri di hujung reranting nan nipis
itulah kunci khalifah sejati
khalifah pemimpim ummah..