Total Pageviews

Wednesday, December 10, 2014

Kematian yanG SemAkin HampiR

Assalamualaikum wbkt. Bulan ini adalah bulan terakhir dalam kalendar Inggeris Bulan disember 2014 bersamaan 17 Safar 1436H bermakna bulan ini adalah bulan terakhir aku berumur 24 tahun tahun depan aku akan berganjak menjadi 25 tahun, mashAllah lagi 5 tahun umur ku 30 tahun.. Subhanallah.. HebatNya kurniaanMu..dah 24 tahun aku hidup..alhamdulilah Ya RAbb.. :) Masha Allah.. Sejak 2, 3 hari ini dadaku sering merasa sesak nafas.. seolah-olah ruang pernafasanku ditutup..sakit jugak rasa seolah merasa nafas tidak lepas.. Subhanallah seolah terasa ada komplikasi antara paru-paru dengan jantung risaunya Ya Rabb.. :( terdetik "adakah malaikat izrail akan menjemputku pada bila2 masa? adakah waktu untuk ku telah tiba?"...berjurai air mataku menitis..merasa dekatnya saat sakaratul maut..merasa dekatnya aku dengan Mu ya Allah..Subhanallah.. Astarghfirullahalazim.. terasa terlalu sedikit amalku..imanku..bekalanku..apa yg akan kubawa berjumpa Mu Ya Allah..Wahai Tuhan Yg disayangi..
Ku bertanya masalah ini kepada rakanku yg " doctor to be "..dia mengatakan terdapat 3 jenis kesukaran bernafas.. panjang betul huraiannnya..dan aku memeilih yg kedua " merasa nafas x puas"..katanya mungkin disebabkan stress or penat..dia suruh menunggu dlm 2atau 3 hari lg..jika tidak hilang pasti berlaku perkara yg lbh teruk.. setelah 2 hari, ianya hilang..alhamdulilah.. Mungkin kerana keletihan bekerja dan ditambah dengan study..itu yg menyebabkan aku seolah sesak nafas Memang benar, setiap kali aku bekerja, nafasku seolah tersekat..jika hari yg cuti berlaku sebaliknya.. ketahuilah aku bahawa aku tidak boleh berdiri lama..mungkin disebabkan sudah lama aku tidak aktif dalam palapes..fizikal ku seolah lemah.. Apa yg pasti, aku tidak bole berdiri terlalu lama..jika nak berdiri sekalipun, aku perlu berdiri dalam keadaan yg Betul seolah dalam kawad atau solat..bukakan seluas-luasnya kaki agar tubuh stabil..Alhamdulilah i got the solution.. Sejak akhir2 ini juga, kelopak mata kiriku sering berdenyut..kata orang2 tua ada orang nak mati.. Nuzubillah.. tiba2 sekali lagi terfikir adakah masa ku sudah tiba?? dua hari selepas itu, aku dapat tahu ada dua orang meninggal..dua2 aku kenal.. seorang orang kampungku..kak ti (sellau beli akok masa puasa) seorang lagi, staff fptv..staff upsi..aku kenal dengannya..encik bob(seorang yg ceria,ramah) MahaAllah..dua2 masih lagi muda..sudah dijemput olehmu Ya Rabb..subhanallah singkatnya masa mereka aku yg masih muda dan mentah ini pom jika Allah nak amik balik roh..bila2 masa aje akan terpisah roh dan jasad.. subhanallah...JIKA DITANYA ADAKAH AKU SUDAH BERSEDIA UNTUK DIAMBIL NYAWA? DIAMBIL ROH KU KEMBALI KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA? SEDIAKAH AKU? SEDIAKAH AKU? SUDAH BANYAKKAH AMALANKU?? MashaAllah..aku tidak bersedia..amalku masih kurang..aku masih lagi lagha dengan dunia..umpatan..fitnah..masih lagi menitir di bibir ku..mashaALLAH....masih lagi banyak dosa2 ku...ASTARGHFIRULLAHALZIM...astarghfirullah...ampunkan dosa2 ku Ya ALLAH..ampunkan aku Ya Allah..ampunkan dosa kedua orang tuaku..ampunkan kami Ya Allah..ampunkan kami..amiinn Ya Rabb.. Ayuh sama2 kita muhasabah dan perbaiki diri setiap masa... semoga coretan ini mampu membuka dan menjernihkan hati yang lagha..

Saturday, October 11, 2014

Kilauan Gemersik Kalbu

Lamanya den x menulis.. lama jugak lah x menjenguk blog niee... den nok kabo cket.. ntah nape yer... sejak akhir-akhir nie hati den raso jauh benar dengan Yang Maha Esa.. Astargfirullahalazim... bahaya jugak tuu.. tapi, alhamdulilah... Allah ketuk hati den.. Alhamdulilah Allah bagi kesedaran tu.. maKsudnye, Allah syg kt den lagi.. Alhamdulilah.. sebab tu lah DIA bagi perasaan tu.. DIA xnak den jauh dariNya.. Kome nk tau x? baru2 nie, DIA bagi ujian kt den den kena denggi..huuu aduyaiiiii...habis bintik2 merah 1 badan den.. dh macam ALIEN daa..hbs mcm ruam 1 badan tiap2 ari den kena g klinik .. tiap2 ari kena cucuk.. kena amik darah.. sakit woo.. sengsara lah jugak ase.. Tapi, bila den pk balik.. ni lah kuasa Allah.. DIA bagi sakit sbb DIA nak den ingat dkt DIA DIA xnak bagi den lalai itu tandanya DIA sayang kt den.. ALHAMDULILAH..SEGALA PUJI BAGI ALLAH.. ^_6

Sunday, September 14, 2014

motivation video

its really motivate us 6_^

Friday, June 13, 2014

Syaaban yang mulia

Ya Allah.. Ya Rabb
sesungguhnya ku terasa kehilangan sesuatu..
ku terlepas saat ketibaan Nisfu Mu
Astargfirullahalazim..

dek buaian lagha dunia
mehnah dunia yang terpana
ampuni aku Ya Allah
moga ku kembali kepada Mu

Ya Rabb
ku amat merinduiMu
izinkan ku bertemu dengan Mu lagi
aamiin..


Friday, May 2, 2014

Kesyahduan hati

Syahdunya hatiku

Ya Allah,
izinkan aku mencoret seuntai kata untuk tatapan hati..
Ya Rabb..
ku bersyukur kepada Mu..
dengan sedikit rasa lemah,rasa sakit yang Engkau kurniakan ini..
aku bangkit kembali kepada Mu..
Alhamdulilah..Ya Rabb..
Engkau sedarkan aku dari kesilapanku..
MashaAllah.. Engkau amat menyayangi ku..
Alhamdulilah...dengan nikmat nafas yang Engkau kurniakan ini..
Alhamdulilah..Ya Rabb..
Innalilahiwainnailaihorojiun..
Alhamdulilah..

f.a 5/2/14



Video-video amali tugasan penyelenggaraan kereta (2014)
ASAS ELEKTROMEKANIKAL DAN ENJIN






Monday, March 24, 2014

Analogi Magnet

Alhamdulilah..
Allah berikanku ilham..untuk ku coretkan
segala yang Allah kurniakan itu ada sebab musababnya
Cuba anta semua fikirkan dan bayangkan sebuah magnet
Macam mana? dah dapat bayangan ke belum?
jika sudah, jom kita sama2 lihat..



Jika kutub utara dan kutub selatan bertemu..
pasti ia akan bertaut atau menarik kan?

                ( N-S )  = MENARIK

jika kutub utara bertemu dengan utara dan begitu juga kutub selatan dengan selatan

                  ( N-N ) = MENOLAK
                                                               ( S-S ) = MENOLAK

Cuba anta-anta semua aplikasikan dengan sikap manusia :-

Jika manusia yang Pemarah (P) bertemu dengan Lembut (L)
Pastinya, P akan dapat bertaut dengan L
Sama jugak jika kutub N bertaut dengan S
So, jika orang yang sedang marah2..kita kena berlemah lembut bercakap dengannya
Pasti akan dapat bertaut dan mampu meredakan api kemarahan si P tadi

                                ( P - L )  = MENARIK

Jika manusia P bertemu dengan P,
Pastilah akan menolak dan tidak dapat bersatu
Pasti akan timbul perbalahan dan api kemarahan akan membuak-buak
Sudah pasti wujudnya pergaduhan

                                 ( N - N ) =  MENOLAK
                                 ( S - S )  =  MENOLAK


Jika manusia L bertemu dengan L
Apa yang anda fikir akan berlaku?
Memang letupan api kemarahan tidak akan meletup
Tetapi mereka ini akan menyimpan kemarahannya di dalam hati
Mereka akan sengsara keseorangan jika tidak tahu cara untuk mengawal dan menyelesaikannya



Semoga analogi ini akan memberikan kita sumber inspirasi untuk kita menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan. Ingat, setiap manusia itu berbeza sikap dan perangainya. Kita perlu beusaha untuk menghadapinya dengan penuh berhikmah dan bijaksana.

Saturday, March 22, 2014

Ya Allah, Ujian si dia lagi hebat !

Ya Allah, Ujian si dia lagi hebat !


Ya Allah, Ya Tuhanku..
ku sering memikiri bahawa ujian terhadapku adalah paling hebat..

Ya Allah..
ku sering mikiri..bahwa diriku lah paling sibuk

Ya Allah..
ku sering rasakan bahwa diriku sering malang

Ya Allah..
ku sering tidak mensyukuri nikmat kedua ibu bapaku

Ya Allah..
ku sering bersangka buruk terhadap orang sekelilingku

Ya Allah...
buruknya perangaiku..buruknya jiwaku.. Astargfirullahhal'azim

Ya Allah..gusarnya hatiku memikiri orang yang ku sayang..memikiri sakitnya dia..
tapi sebenarnya...orang berhampiranku lebih besar dugaannya..kesakitan ibunya, lebih terseksa dari ujian ku..manakan tidak..ibu itu tiada gantinya...belanja ubat ibunya lagi besar,,,

tetapi Ya Allah..
Subhanallah.. kuatnya jiwa dia..tabahnya dia berbanding diriku..
masya Allah...tabahnya dia..
masya Allah.. dia lagi kuat..
tak nampak kegusaran di wajahnya..
Subhanallah..
teguhkanlah hati dan imam kami..
berilah kami petunjuk Mu Ya Allah...
Aaamiinn....

22 Mac 2014

Thursday, February 27, 2014

PALESTIN YANG DISAYANGI
Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan ‘Tanah Yang Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).
Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan ‘fatwa’ mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.
Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.
Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.
Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.
Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.
Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.
Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.
Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.
Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, “Hari ini, Perang Salib sudah berakhir”.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.
Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.
British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.
Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord Curzon menjawab, “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam”.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.
Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.
Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.
Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.
Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.
Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.
Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.
Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.
Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.
Fikir-fikirkan.
Penulis
Editor
Abi Aisyah

Monday, January 13, 2014

Hawa Nafsu Manusia

Bismillahirahmanirrahim...
Ya Allah..
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib
perkara-perkara yang kami tidak ketahui
dalam soal fitrah ini..memang kami diuji
sesungguhnya jiwa anak muda memang bergelodak
hawa nafsu sering menguasai
dek kerana ayunan buaian syaitan yang sentiasa membuai kelalaian

Ya Allah,
peliharalah hati dan jiwa kami
daripada dikotori nafsu yang kotor
berikanlah kami kekuatan Ya Rabb..
untuk menguruskan hawa nafsu kami sebaiknya
hanya engkau Ya Allah..tempat kami mengadu..
Ya Rahman..Ya Rahim..

Doa dari seorang sahabat hamba Allah..


Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/9148-bicara-tentang-hati.html