Di sebalik kilauan air mata terserlah seribu pengertian yang tersirat membawa erti yang tersendiri mata mampu menafsirkan segalanya keperitan, kedukaan, keceriaan, kebahagiaan walau apapun, mata pasti tak mampu menipu itulah kuasa cahaya di sebalik kilauan hitam putih
Total Pageviews
Thursday, December 18, 2014
Wednesday, December 10, 2014
Kematian yanG SemAkin HampiR
Assalamualaikum wbkt.
Bulan ini adalah bulan terakhir dalam kalendar Inggeris
Bulan disember 2014 bersamaan 17 Safar 1436H
bermakna bulan ini adalah bulan terakhir aku berumur 24 tahun
tahun depan aku akan berganjak menjadi 25 tahun, mashAllah lagi 5 tahun umur ku 30 tahun..
Subhanallah.. HebatNya kurniaanMu..dah 24 tahun aku hidup..alhamdulilah Ya RAbb.. :)
Masha Allah..
Sejak 2, 3 hari ini dadaku sering merasa sesak nafas..
seolah-olah ruang pernafasanku ditutup..sakit jugak rasa
seolah merasa nafas tidak lepas..
Subhanallah seolah terasa ada komplikasi antara paru-paru dengan jantung
risaunya Ya Rabb.. :(
terdetik "adakah malaikat izrail akan menjemputku pada bila2 masa? adakah waktu untuk ku telah tiba?"...berjurai air mataku menitis..merasa dekatnya saat sakaratul maut..merasa dekatnya aku dengan Mu ya Allah..Subhanallah.. Astarghfirullahalazim..
terasa terlalu sedikit amalku..imanku..bekalanku..apa yg akan kubawa berjumpa Mu Ya Allah..Wahai Tuhan Yg disayangi..
Ku bertanya masalah ini kepada rakanku yg " doctor to be "..dia mengatakan terdapat 3 jenis kesukaran bernafas..
panjang betul huraiannnya..dan aku memeilih yg kedua " merasa nafas x puas"..katanya mungkin disebabkan stress or penat..dia suruh menunggu dlm 2atau 3 hari lg..jika tidak hilang pasti berlaku perkara yg lbh teruk..
setelah 2 hari, ianya hilang..alhamdulilah..
Mungkin kerana keletihan bekerja dan ditambah dengan study..itu yg menyebabkan aku seolah sesak nafas
Memang benar, setiap kali aku bekerja, nafasku seolah tersekat..jika hari yg cuti berlaku sebaliknya..
ketahuilah aku bahawa aku tidak boleh berdiri lama..mungkin disebabkan sudah lama aku tidak aktif dalam palapes..fizikal ku seolah lemah..
Apa yg pasti, aku tidak bole berdiri terlalu lama..jika nak berdiri sekalipun, aku perlu berdiri dalam keadaan yg Betul seolah dalam kawad atau solat..bukakan seluas-luasnya kaki agar tubuh stabil..Alhamdulilah i got the solution..
Sejak akhir2 ini juga, kelopak mata kiriku sering berdenyut..kata orang2 tua ada orang nak mati..
Nuzubillah..
tiba2 sekali lagi terfikir adakah masa ku sudah tiba??
dua hari selepas itu, aku dapat tahu ada dua orang meninggal..dua2 aku kenal..
seorang orang kampungku..kak ti (sellau beli akok masa puasa)
seorang lagi, staff fptv..staff upsi..aku kenal dengannya..encik bob(seorang yg ceria,ramah)
MahaAllah..dua2 masih lagi muda..sudah dijemput olehmu Ya Rabb..subhanallah singkatnya masa mereka
aku yg masih muda dan mentah ini pom jika Allah nak amik balik roh..bila2 masa aje akan terpisah roh dan jasad..
subhanallah...JIKA DITANYA ADAKAH AKU SUDAH BERSEDIA UNTUK DIAMBIL NYAWA? DIAMBIL ROH KU KEMBALI KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA? SEDIAKAH AKU? SEDIAKAH AKU? SUDAH BANYAKKAH AMALANKU?? MashaAllah..aku tidak bersedia..amalku masih kurang..aku masih lagi lagha dengan dunia..umpatan..fitnah..masih lagi menitir di bibir ku..mashaALLAH....masih lagi banyak dosa2 ku...ASTARGHFIRULLAHALZIM...astarghfirullah...ampunkan dosa2 ku Ya ALLAH..ampunkan aku Ya Allah..ampunkan dosa kedua orang tuaku..ampunkan kami Ya Allah..ampunkan kami..amiinn Ya Rabb..
Ayuh sama2 kita muhasabah dan perbaiki diri setiap masa...
semoga coretan ini mampu membuka dan menjernihkan hati yang lagha..
Subscribe to:
Posts (Atom)

