Di sebalik kilauan air mata terserlah seribu pengertian yang tersirat membawa erti yang tersendiri mata mampu menafsirkan segalanya keperitan, kedukaan, keceriaan, kebahagiaan walau apapun, mata pasti tak mampu menipu itulah kuasa cahaya di sebalik kilauan hitam putih
Total Pageviews
Sunday, December 30, 2012
Qasidah Ya Badrotim
Sesungguhnya cinta pada Rasul junjungan Rasulullah SAW amat mendamaikan jiwa
kekadang kita alpa pada kekasih Allah ini
pabila kita lupa,
hati menjadi resah
sanubari tidak tenteram
Subhanallah...
wahai hati-hati hamba Allah,
sesungguhnya syafaat nabi junjungan amat diperlukan pada hari akhirat kelak
marilah kita...
amalkanlah selalu....
selawat pada nabi yang kita cintai Rasulullah SAW..
Allahhumma soli ala sayidina Muhammad wa ala alihi wasabbihi wassalam ...
titipkannya dibibir sentiasa
moga syafaat baginda akan kita perolehi di hari akhirat
sebagai benteng dari api neraka
Friday, December 14, 2012
Ujian daripada yang DiCintai ^_^
Assalamualaikum warrah matullah hitaalawabarakatuh..
Tangan yang sudah lama tidak menaip perkongsian rasa hati ini,
rasa terpanggil,
pada kesempatan yang ada ....
Ana berasa terpanggil untuk berkongsi luahan yang ana rasa
Alhamdulilah,
Allah SWT masih lagi mengurniakan nikmat kepada diri ana ini untuk menghirup udaraNya, melihat dan merasai rahmat keEsaanNya.. Alhamdulilah...alhamdulilah..alhamdulilah...
Allahhuakhbar...Allahhuakhbar...Allahhuakhbar...
Tangan yang sudah lama tidak menaip perkongsian rasa hati ini,
rasa terpanggil,
pada kesempatan yang ada ....
Ana berasa terpanggil untuk berkongsi luahan yang ana rasa
Alhamdulilah,
Allah SWT masih lagi mengurniakan nikmat kepada diri ana ini untuk menghirup udaraNya, melihat dan merasai rahmat keEsaanNya.. Alhamdulilah...alhamdulilah..alhamdulilah...
Allahhuakhbar...Allahhuakhbar...Allahhuakhbar...
Coretan untuk sang hamba :)
Allah uji kamu sebab Dia sayang <3 <3 kamu,
Dia rindu pada kamu,
Dia rindukan doa, tangisan dan pujian daripada kamu...
Dia tak nak kamu jauh daripadaNya..
Dia sayangkanmu,
Dia nak kamu sentiasa dekat denganNya...
Sayang Allah forever......
InsyaAllah......
InsyaAllah......
ALLAH is SWEET ^_^
........coz He owez LOVE us.......
........coz He owez LOVE us.......
Wednesday, October 3, 2012
Monday, June 11, 2012
Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.
Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.
Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.
Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!
Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!
Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.
Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu.Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!
Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.
Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.
Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.
Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.
by :# Pendamba al Jannah
sumber @ :http://myibrah.com/kisah-tudung-labuhku
sumber @ :http://myibrah.com/kisah-tudung-labuhku
Monday, May 14, 2012
Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com discover the beauty of islam
Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?
Friday, May 11, 2012
Sunday, May 6, 2012
Sunday, March 18, 2012
| |||
|
Solat ini dilakukan apabila kita
menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon
kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ
ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan
Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ،
وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ
تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ
الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ
لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ
لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ
هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ� عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ
كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ
Ya Allah! Seandainya Engkau
mengetahui bahawasanya urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah
akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �. Mendatangkan keburukan bagiku
pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah
akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah
akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang
bertitik).
| |||
Saturday, March 17, 2012
ARIS ARIWATAN - 1-2-3-4
Assalamualaikum..
bila hayati lagu ni betul2 menyentuh perasaan
mana taknya, bila sebut kasih ibu ayah
mendayu2 perasaan
so, untuk perkongsian.... hayati lah ekkk :)
Kasih Ibu dan Ayah Membawa ke Syurga
selaut pengorbanan
sepahit keperitan
selebar hamparan kasih
secebis lipatan keringat
walau sebanyak mana bait-bait indah terluah
belum cukup menggambarkan kasih mereka
insan yang tak jemu
mencurahkan kasih
untuk anak-anak
tercinta
ingatlah!
peluang hanya sekali
hidup hanya sekali
balasan pengorbanan tidak cukup dengan sekali
walau beribu kali sekalipun
tetap tidak sama
kasihi ibu dan ayah
jangan biarkan titisan duka
membasahi pipi mereka
peluang yang ada jangan dibiar
pasti
syurga yang kekal abadi
menantimu
sayang ma n abah :)
Monday, March 12, 2012
Istighfar
Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.
Ia merupakan tradisi ritual Islam yang sangat fundamental.
Sebab dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW.
Sejumlah ayat tentang Istighfar banyak dikutip al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW, misalnya:
"Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya...(QS. 3:135).
"Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat." (QS. 110:3)
"...dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar." (QS. 3:17).
"...dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar." (QS. 3:17).
"Maha Suci Engkau Wahai Allah, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih." (HR. al-Hakim).
"Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Dawud dan Nasa'i).
"Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku beristighfar seratus kali setiap hari." (HR. Muslim).
"Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya)." (HR. at-Tirmidzi).
Terjemahan Istighfar: "Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung"
Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga selama ini kita sebut istighfar mencapai makna-maknanya.
Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.
Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia..
<div style="background: url(http://farm7.static.flickr.com/6109/6217024058_ab0b2e2f05_o.jpg) no-repeat center; width: 425x; height: 600px; text-align: center; margin: auto;" =""></div><p style="text-align:center;"><a href="http://www.iluvislam.com/design.html" mce_href="http://www.iluvislam.com/design.html"><b>Dapatkan Mesej Bergambar di Sini</b></a></p>
Sunday, March 4, 2012
Saturday, February 25, 2012
Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari.
Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia.
Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat.
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat.
Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid. Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.” Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Malaikat Turun ke Bumi Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid. Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.” Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
- Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
- Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
- Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Wednesday, February 22, 2012
The Precious Moment: Jangan lupa untuk tersenyum....
The Precious Moment: Jangan lupa untuk tersenyum....: Pernahkah kita memerhati dan meneliti kelakuan dan tabiat burung menjalani kehidupan mereka? Cuba perhatikan bagaimana burung membuat s...
Thursday, January 12, 2012
Wednesday, January 11, 2012
MEDIA BARU VS MEDIA TRADISIONAL
SEKUMPULAN mahasiswa yang pada awalnya tenang tiba-tiba lebih serius apabila isu media baru dan penerbitan tradisional diperdebatkan. Benarkah media baru bebas dan media perdana ejen propaganda?Apakah jangka hayat media cetak akan berakhir kerana internet lebih mesra pengguna, relevan dan akrab Generasi Y dan X?
Jika sebelumnya media cetak, elektronik, laman web, blog dan portal berita lebih terarah kepada komunikasi sehala, Facebook membenarkan hubungan banyak hala pada tempoh cepat tanpa sekatan
Isu media dan gerakan massa sudah lama diperkatakan. Justeru, bukan luar biasa seminar media dan kebebasan di sebuah pusat pengajian meluaskan fokus kepada peranan pujangga istana, sasterawan, seniman, ulama juga cendekiawan Melayu menjulang tradisi berdialog, berhujah dan berdebat secara waras.Apabila akhbar Melayu pertama, Jawi Peranakan lahir pada penghujung abad ke-19, bermulalah tradisi persuratkhabaran yang membuka jendela baru pemikiran Melayu. Kelahiran Al-Iman adalah wahana ilmuwan Muslim progresif pada 1906. Walaupun isu Kaum Muda-Kaum Tua mendominasi ketika itu, wartawan, kolumnis dan penulis memanfaatkan penerbitan massa untuk tujuan berinteraksi. Tradisi inilah yang melahirkan Berita Harian, Berita Minggu atau sebelumnya Utusan Melayu.
Penulis seperti Rahim Kajai, Tan Sri A Samad Ismail, Datuk Usman Awang, Pak Sako, Said Zahari dan Datuk Melan Abdullah antara ikon dunia kewartawanan tempatan.
Mereka lahir bersama kemelut masyarakat. Mereka mendekati massa untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan ketika era penjajahan dan mengisi kemerdekaan selepas 1957.
Merekalah pendesak dan pengukir wacana bangsa. Mereka yang membentuk jiwa perpaduan dan menegur pemerintah ketika era konfrontasi, insiden 13 Mei 1969 dan pasca Dasar Ekonomi Baru. Mereka juga berperanan sebelum negara merdeka.
Era penjajahan memberi ruang kepada petugas media menyemarakkan pemikiran massa dan menentang kuasa imperialis Barat. Tidak sedikit wartawan yang menerima kesan penderaan seperti dialami Samad dan Said Zahari. Mereka dipenjara dan dihina, namun akhirnya menjadi ikon kebebasan bermaklumat!
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menerusi novel Hujan Pagi secara sinis memaparkan kemelut kewartawanan yang mengalami era prasangka sepanjang zaman. Wartawan dan media dicurigai ketika era penjajahan, namun menghadapi tekanan menerusi pelbagai akta dan hukum selepas negara merdeka. Mereka dicurigai oleh bangsa sendiri.
Kehadiran media maya secara langsung mencabar sejarah dan tradisi media cetak pada 1998. Perkembangan politik dan isu moral seorang pemimpin mula bertebaran menerusi media baru. Blog, portal berita, e-mel, Facebook dan Twitter wadah yang memeranjatkan. Setiap berita tersebar hanya beberapa saat dan semua pihak bebas untuk memberi pandangan, menyokong atau menentang.
Dunia hampir pasti berterima kasih kepada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kerana membuka dimensi baru proses komunikasi sejagat.
Jika sebelumnya media cetak, elektronik, laman web, blog dan portal berita lebih terarah kepada komunikasi sehala, Facebook membenarkan hubungan banyak hala pada tempoh cepat tanpa sekatan.
Sesiapa saja boleh berhubung dan menyuarakan pendapat tanpa batasan. Belum pun sesuatu kes disebut di mahkamah, media baru sudah meledak dengan pelbagai maklumat, lengkap dengan pertuduhan dan pendakwaan. Sesiapa saja berusaha menjadi hakim. Sesiapa jua berhak mendakwa ‘rakyat hakim negara.’
Pengguna Facebook di Malaysia kini mencecah hampir 12 juta orang, dengan kadar penembusan 69.91 pengguna internet. Laman SocialBakers.com melaporkan, Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna Facebook paling ramai di dunia.
Teknologi maklumat secara langsung menguji kewujudan media tradisional. Ketika penduduk Malaysia 24.6 juta orang pada 2000, pengguna internet 3.7 juta dengan kadar penembusan 15 peratus. Bagaimanapun pada 2010, dengan 26.12 juta penduduk, pengguna internet meningkat 16.9 juta orang dan kadar penembusan 64.6 peratus. Ini menunjukkan pertumbuhan pengguna internet tempoh 10 tahun meningkat 356.8 peratus.
Perkembangan ini memberikan gambaran saingan media baru dan tradisional semakin sengit. Hanya kewibawaan dan etika yang menentukan sesebuah media kekal.
sumber: BERITA HARIAN, 11 januari 2012
Monday, January 9, 2012
Sunday, January 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)







