Total Pageviews

Monday, April 22, 2013

Sebarkan Bahagia: Mahu Pertunangan Kukuh atau Rapuh


Analogi Pak Imam Berkain Samping
                Untuk memberi kefahaman lebih jelas tentang hukum dan perlaksanaan hukum, saya bentangkan beberapa analogi.
                Bayangkan seorang Pak Imam datang ke masjid dengan memakai kain samping yang menutup dari pusat hingga ke lutut. Dia tidak memakai baju. Seluar atau kain pelikat pun tidak dipakai. Kain samping itu sahaja yang dipakainya.
                Makmum asyik berbisik-bisik. Pak Imam tidak peduli. Dia bertakbiratul ihram. Azamnya, dalam kuliah Maghrib nanti, dia akan maklumkan kepada semua bahawa dia melakukan hal itu dengan ilmu hukum fikah.
Segelintir makmum bersolat di belakang dengan kepala berselirat tanda tanya. Dalam solat sebelum ini, mata asyik tertumpu pada tempat sujud. Kali ini, mata mereka nakal membilang bulu roma di betis Pak Imam. Ramai makmum keluar masjid. Menghidupkan kenderaan lalu mencari masjid lain.
Adakah sah solat Pak Imam tersebut?
                Ya, solatnya sah! Dia sudahpun memenuhi tahap minimum menutup aurat. Menutup aurat adalah syarat sahnya solat. Tapi, adakah perbuatannya itu boleh mengundang mudarat dan menendang maslahah?
                Saya percaya, jika situasi ini berlaku, ramai makmum terpaksa berperang habis-habisan dengan jiwa mereka untuk berbaik sangka terhadap tahap ‘kewarasan’ imam tersebut. Meskipun dia melakukan sesuatu yang ‘sah’ namun perlaksanaannya tidak meraikan maslahah (perkara yang mengundang manfaat dan menolak mudarat).


oleh : ustazah fatimah syarha <3 Sebarkan Bahagia: Mahu Pertunangan Kukuh atau Rapuh: Syariat lebih penting daripada adat. Tapi itu tidak bermakna adat tidak penting. Adat juga penting. Spesifiknya, adat yang tidak bertentan...

No comments:

Post a Comment